Sibth utera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Ayahanda beliau adalah merupakan Mufti Syafi’iyyah di Makkah sejak tahun 1270H menggantikan Syaikh Ahmad Dimyathi yang wafat. Setelah kewafatan Habib Muhammad bin Hussin al-Habsyi, tempatnya diganti oleh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. [Diantara ulama Melayu yang sempat berguru kepada Habib Muhammad bin Hussin al-Habsyi ialah Syaikh Arsyad Thawil Banten, Jawa Barat. Beliau juga berguru kepada al-Muhaddits Habib Hussin bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi. Syaikh Mahfuz Termas juga belajar hadits kepada al-Muhaddits Habib Hussin bin Muhammad al-Habsyi, iaitu saudara kepada Habib ‘Ali al-Habsyi]

Manakala bonda beliau yang berasal dari Syibam adalah seorang sayyidah shalihah, ‘arifahbillah dan da’iyyah ilallah ‘Alawiyyah binti Hussin bin Ahmad al-Hadi al-Jufri.

Saudara-saudari beliau: AbduLlah, Ahmad, Hussin, Syeikh dan Aminah

Pendidikan dan guru-guru beliau: Sejak beliau dididik oleh ayahanda beliau, Habib Muhammad bin Hussin al-Habsyi [ - ayahanda beliau berangkat ke Mekah dan tinggal disana ketika usia Habib ‘Ali 7 tahun. Dan urusan pendidikan beliau seterusnya diambil oleh bonda beliau - ] dan bonda beliau Hababah ‘Alawiyyah binti Hussin al-Hadi al-Jufri. Seterusnya beliau belajar ramai ulama, antaranya:

Habib Hasan bin Shaleh al-Bahr
Al-‘Allamah al-Habib Abdullah bin Hussin bin Thahir (syaikh fath dan tahkim kepada ayahanda beliau)
Al-‘Arifbillah al-Habib Abu Bakar bin ‘Abdullah al-‘Athash (shaikh fath beliau)
Al-‘Allamah Habib Umar bin Hasan bin ‘Abdullah al-Haddad
Al-‘Allamah ‘Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur
Al-Habib ‘Ali bin Idrus bin Syihabuddin
Al-Habib Umar bin ‘Abdurrahman Bin Syahab
Al-Habib Mohsin bin ‘Alwi al-Saggaf
Al-Habib ‘Abdul Qadir bin Hasan bin Umar bin Saggaf
Al-Habib Muhammad bin ‘Ali bin ‘Alwi al-Saggaf
Al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Muhdhar
Al-Habib ‘Idrus bin Umar al-Habsyi
Sayyid ‘Abdullah bin Hussin bin Muhammad
Syaikh Muhammad bin Ibrahim


Beliau berangkat ke Mekah pada tahun 1276H atas permintaan ayahanda beliau, dan tinggal disana selama 2 tahun. Ketika itu beliau berusia 17 tahun. Di Hijaz beliau mengambil peluang menuntut ilmu dengan para ulama disana. Ketika di Mekah, beliau, abangnya Habib Hussin dan Habib ‘Alwi al-Seggaf sering mengulangkaji kitab Minhaj dan 12 buah syarahnya bahkan mereka menghafalnya.

Melalui pengembaraan mencari ilmu dan menemui para ‘alim-ulama di Hadramaut dan Hijaz, maka Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi menguasai dengan baik pelbagai ilmu, samada yang dzahir maupun yang bathin. Sekembalinya dari Mekah, maka bermulalah pula kegiatan beliau berdakwah dan mengajar. Beliau menjadi imam, berdakwah, mengajar dan beribadah di Masjid Hambal. Lebih kurang 30 tahun beliau berkhidmat disana.

(Tulisan di bahagian luar Ribath/Masjid Riyadh, Seiwun)

Setelah itu beliau membangunkan ribath beliau sendiri di kota Seiwun, untuk para penuntut ilmu. Kemudian belau membangunkan pula masjid yang dinamakan Masjid Riyadh berhampiran dengan ribath yang beliau telah bangunkan. Masjid tersebut dibangunkan pada tahun 1303. di Masjid inilah pengajian hadits diadakan pada setiap hari itsnein. Dibacakan kutubus sittah atau al-Ummahat as-Sit.



Ketika usia beliau menginjak 68 tahun, beliau mengarang sebuah kitab maulid yang diberi nama Simtud Durar. Sebuah kitab maulid yang masyhur dan penuh barokah, yang sehingga kini dibaca di Hadramaut, Nusantara dan Afrika. Beliau mula mengarang pada Khamis, 26 Shafar 1327 dan menyempurnakannya pada 10 Rabiulawwal 1327H.

Hasil dari perkahwinannya, Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi dikurniakan 5 orang cahayamata iaitu ‘Abdullah, Muhammad, Ahmad, ‘Alwi dan Khadijah.



Foto> Al-Habib 'Alwi bin 'Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi (beliau adalah ayahanda kepada al-Habib Muhammad Anis)




(Foto Al-Habib Muhammad bin 'Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi)







(Foto Al-Habib Anis (cucu kepada al-Habib 'Ali bin Muhammad bin Hussin al-H

Komentar

Postingan populer dari blog ini

MANFAAT RATIB AL ATTHAS

MANFAAT KEUTAMAAN RUMAH YANG DI DALAMNYA SELALU DI BACAKAN MAULID